16 December 2010

Cerita Ceriti


Tak jelas dan kabur. Macamana agaknya masa depan yang menunggu di depan. Masa tu 'maybe' aku masih belajar di kolej tapi cerita 'Fight Club' baru je ditayangkan kat panggung wayang. Aku dengan adik lelaki aku pergi tengok cerita ni.


MEMANG MENDALAM!


Itulah ekspresi pertama dalam diri aku lepas tirai wayang dah tertutup. Dan sejak itulah DVD Fight Club (dapatkan yang tulen hanya dari KDN) yang aku beli masih menjadi cerita yang aku akan tengok bila aku 'free'.

Aku dapat hayati dan seronok tengok cerita ini sebab pada aku ada banyak sebenarnya mesej yang mendalam di sebalik cerita ini. Cerita Barat yang mungkin sesiapa sahaja akan nampak negatifnya...tapi kepastian kepada persoalan ini...? Jawapan tu hanya ada pada tuan empunya badan...dan kaki dan biji kelapa montel yang berdekatan.


Korang pernah tak lepak dengan siapa-siapa, kawan ke awek ke balak ke...yang tak henti-henti nak bercakap pasal diri diaorang, ...seolah-olah macam koya beh...hero? Orang lain bercakap dia asyik potong... Aku biasa jugak jumpa orang-orang macam ni. Aku teringat satu 'quote' dalam cerita ni bila tiba-tiba aku dikelilingi oleh manusia-manusia yang sebegini...
When people think you're dying, they really really listen to you instead of waiting for their turn to speak.
Betul ke? Entah. Jawab dalam hati masing-masing dan renung balik. Mungkin tak semua daripada kita adalah pendengar yang baik. Kita lebih selesa untuk TIDAK mendengar.

Last but not least, aku akhiri 'post' aku kali ini dengan satu lagi 'quote' kegemaran aku dari cerita ni...

It's only after we've lost everything, that we're free to do anything...


Jumpa lagi di lain waktu. Chow...
-CE-

0 co-comments:

Post a Comment