22 December 2010

Kehidupan Seorang 'Langsi'

0 co-comments
Aku berjalan menuju ke koridor dengan harapan untuk menikmati sebatang rokok tanpa sebarang gangguan. Dalam perjalanan ke sana, aku bertembung dengan staff-staff dari department lain yang rata-rata semuanya berjalan menuju ke lokasi-lokasi yang mereka inginkan. Setiap raut wajah mereka aku perhatikan, ada yang manis, ada yang poyo, ada yang natural dan ada juga yang masam. Tetapi, itu tidak menarik perhatian ku. Aku tertarik dengan balasan senyuman mereka kepada ku apabila aku senyum sekadar untuk memberi message kepada mereka yang aku sedang memerhatikannya.

Aku dah letih mengutuk dalam hati terhadap orang-orang yang sebegini. Kadang-kadang terasa macam nak tumbuk muka pak guard yang tidak membalas lambaian tangan aku ketika aku sampai di depan gate office. Itulah realiti, dan itulah yang berlaku dalam kehidupan seharian aku, yang mana aku terpaksa membiarkan ianya berlaku tanpa merunsingkan mindaku.


Hakikatnya, perjalanan hidup seorang 'langsi' hanya sekadar imaginasi. Imaginasi yang PASTI ada dalam diri, tetapi ditetapkan untuk memilihnya bila diperlukan. 'Langsi' itu adalah 'langsi' kita semua.


~Lu Langsi, Lu mati ~ Petikan dari Cerita Kongsi arahan Farid Kamil















Perghh..jahanam...huhu


19 December 2010

Hidup: Satu Perjalanan Minda

0 co-comments

Matahari dah makin tinggi...betul-betul atas kepala aku. Tapi masih jauh lagi...takde la sejengkal je daripada kepala; kalau tak aku tak sempat dah nk update post ni. Aku dah rasa memang panas yang amat...peluh dah mula keluar banyak gila - BERKICAP aku! Jam dah menunjukkan pukul 3.16 petang. Aku boleh dengar bunyi 'kseh...kseh...' tiap kali aku melangkah berat. Pukul berapa aku nak sampai macam ni...

Time time macam ni, kalau dapat minum air kelapa memang terbaik. Aku penah kene air kelapa kat Sunway (area kedai kereta yang elit) masa tghari buta - memang layan. Tapi lagi best sebenarnya kalau tak letak dalam kole besi tu...biar je air tu terhidang dalam buah kelapa tu. Tekak pun dah haus so tunggu apa lagi? Kasi hisap err..minum itu air kelapa abis..

Tapi nak buat camne sebab aku takde nampak mane-mane gerai buah kelapa pun kat area sini..

Trutt...Trutt...Trutt!!!

Tiba-tiba 'handphone' aku berbunyi. Erm, potong jugak sebenarnya time tengah berjalan di bawah panas mentari ni kalau nk angkat telefon. So aku saje je biar dia berbunyi lama sikit...dan aku tak 'check' pun siapa yang 'call'. Kalau nasib dia baik, sempat aku angkat fon tu bila aku rasa nak angkat.

Trutt! Trutt!

Masuk ni dah 5 kali telefon aku berdering...tapi aku takde rasa nak angkat pun. "Ehm, mampus gi ah", kata aku dalam hati dan aku teruskan lagi perjalanan...

17 December 2010

Kelajuan dikejarkan, divider memerhati

1 co-comments
Jam menunjukkan hampir pukul 11.30 pm dan aku baru on the way balik dari Damansara menuju ke Dato' Keramat sambil mendengar lagu 3 doors down. Gadget-gadget electronik kereta ku menyala dgn pelbagai warna, ungu, biru, kuning, hijau semuanya ada. Membuatkan mata ku semakin stim dan kuyu sambil drive dalam suasana yang sejuk dengan hujan yang turun mengilai seperti seorang wanita datang menggodaku. Dengan memasang sound sistem beserta subwoofer yg dikuasakan dengan amplifier Monoblock, aku tidak mendengar sedetik bunyi pun dari angin-angin di luar keretaku. Hanya lirik dan lagu sahaja yang menangkap susuk gegendang telingaku. Aku teruskan jua drive aku, menuju ke destinasi. Lapar, letih, stim semuanya ada. Memang dlm kepala otak ku nak makan dan nak terus tidur tanpa sebarang gangguan kentut yang melanda.

Sambil drive, aku mengimbas kembali apa yang telah berlaku hari ini. Sungguh mencabar hariku ketika itu. Sambil tengah melayan blues sambil membawa kereta dalam kelajuan 50 km/j, sebuah kereta kelisa memotong dari arah kananku. Dalam keadaan angan-anganku membuai, aku tidak ambil peduli pun kereta kelisa itu. Aku melihat sahaja kereta tersebut memotong keretaku. Tapi ianya berubah sekelip mata. Dengan tiada satu bunyi pun geseran tayar, hanya sound system yang kedengaran, aku dapati kereta itu terbabas betul-betul depan ku. Keretanya berpusing pada selekoh yang agak tajam di mana pada ketika itu, aku juga sedang mengambil selekoh tersebut. Keretanya berpusing lebih daripada 360 darjah. Disebabkan kebabasan, kereta itu tidak bergerak ke mana, hanya berpusing je dalam kawasan tersebut. Disebabkan stim yg melanda, aku terlupa nak tekan brek membuatkan kereta ku semakin hampir dengan kereta yg berpusing itu tadi dimana ianya masih berpusing ketika aku hampir tiba. Aku tiba-tiba jadi kelam kabut. Dengan gaya yang rilex, aku mengelak kereta yang berpusing itu tadi, dengan harapan ianya tidak melanggar kereta ku. Sangkaan ku meleset. Kereta itu berpusing dan menghampiri kereta ku. Dalam fikiran aku, aku kena membuat langkah yang pantas untuk mengelak kereta tersebut. Aku terus drop gear membuatkan RPM keretaku mula melonjak dan engine kereta ku mengaum, aku dapat rasakan piston kereta ku mula bergerak dgn lebih pantas dan pressure air intake ke dalam injap yang dikuasakan dengan 4 throttle lebih meninggi dari sebelumnya. Aku terus membalas stereng dan membuat drift ke arah bertentangan dengan kereta kelisa itu tadi. Fuhh, akhirnya aku berjaya mengelak kereta tersebut daripada melanggar kereta ku. lalu aku dgn pantas memecut pergi dan menunjukkan fu*t kat pemandu kereta kelisa itu. huhu...

Cerita tadi hanya ditokok tambah je...

Sebenarnya, kereta itu terbabas dengan sendirinya dan melanggar divider dengan sendirinya. Tiada siapa yang salah pun, hanya pemandu tuh je yang salah. Aku berlalu betul-betul depannya dan aku lihat pemandunya seorang chinese yang masih remaja. Terkebil-kebil matanya sambil melihat ku berlalu di depannya. Dan hati ku berkata, bagus la dia eksiden malam ini sebab kalau dia tak eksiden, kemungkinan dia akan membawa laju lagi pada masa akan datang dalam keadaan jalan yang basah. Aku berlalu pergi sambil menyambung mendengar lagu 3 doors down semula. Pesanan dari pokok kelapa, jangan bawak kereta laju-laju dalam keadaan jalan yang basah melainkan kalau anda mengendalikan kereta control. Jikalau sudah berlaku, ianya tidak dapat ditarik kembali.

Cuba bayangkan, 2 minit sebelum kejadian, kita tidak perlu bersusah payah untuk claim insuran atau cari duit untuk membaiki kereta tersebut, selepas 2 dan 1 saat berlalu, kejadian menimpa dan hakikatnya, kita perlu menerima segala kejadian tersebut dengan penuh syukur kerana aku percaya, setiap kejadian ada hikmahnya. Yang penting, berpada-pada dan beringat la sebelum kejadian buruk berlaku...


~Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Buat sesuatu fikirlah dahulu, sudah berlaku, ambillah iktibar~

Sure BEST!!!

0 co-comments
Korang nak tau tak apa yang paling best yang boleh dilakukan dalam apa jua cuaca yang dihadapi ketika itu? Mari ikuti jalan cerita saya...kalau dapat imagine lagi bagus...senang je...

1) Beli KFC banyak2

2) Jangan makan KFC tuh dlu...

3) tukar seluar pendek dan tshirt, kalau pakai jeans dgn baju ofis memang tak boleh..nanti boleh stress...

4) ajak kawan ramai-ramai untuk follow you. Gunakan faktor KFC sebagai umpan untuk mengajak kawan-kawan you...

Ok, now dah ready untuk menggunakan segala apa yang ada ketika itu, untuk mendapatkan keseronokkan yang tidak dapat dibandingkan dgn harga...

5) naik satu van, ramai-ramai dgn kawan-kawan dan drive terus ke air terjun berdekatan.

6) bukak tshirt..mandi air terjun pakai sluar pendek je. Bagi lelaki, pastikan "parking" cantik nanti nampak tertimbul..huhhu. Bagi wanita, lagi kuat lekap lagi bagus...tp ikut la kepada keselesaan pemandi tersebut.

7) mandi puas-puas sampai letih dan longlai...

8) Cari port yang sesuai macam batu besar di kawasan air terjun. Lagi best kalau lokasi batu tuh berdekatan dengan view-view panorama yang cantik.

9) Ikutlah kesesuaian, kalau anda boleh lihat view-view cantik itu dalam keadaan duduk di batu tersebut, boleh la duduk. Kalau nak lagi selesa, kita baring atas batu tersebut.

10) Ketika ini, klimax kepuasan hampir tiba. Ambil 2 ketul ayam, kalau boleh ayam peha. Satu ketul pegang dengan tangan kiri dan satu ketul pegang dengan tangan kanan. Dengan rakusnya, makan lah ayam peha tuh puas-puas, lagi rakus kalau kita makan ayam tuh dalam keadaan bergilir-gilir dan laju-laju. Ayam di tangan kiri, ayam di tangan kanan pastuh tangan kiri pula pastuh tangan kanan pula. Sambil buat suara nngapp nngapp ngappp, makan la ayam peha tersebut dengan sepuas-puasnya...Fuuhhh...sure bessttt!!!....ahhhhh, akhirnya klimax la untuk hari tersebut.....fuuhhh!! ...alhamdulillah

:P


Klik Sini

16 December 2010

Cerita Ceriti

0 co-comments

Tak jelas dan kabur. Macamana agaknya masa depan yang menunggu di depan. Masa tu 'maybe' aku masih belajar di kolej tapi cerita 'Fight Club' baru je ditayangkan kat panggung wayang. Aku dengan adik lelaki aku pergi tengok cerita ni.


MEMANG MENDALAM!


Itulah ekspresi pertama dalam diri aku lepas tirai wayang dah tertutup. Dan sejak itulah DVD Fight Club (dapatkan yang tulen hanya dari KDN) yang aku beli masih menjadi cerita yang aku akan tengok bila aku 'free'.

Aku dapat hayati dan seronok tengok cerita ini sebab pada aku ada banyak sebenarnya mesej yang mendalam di sebalik cerita ini. Cerita Barat yang mungkin sesiapa sahaja akan nampak negatifnya...tapi kepastian kepada persoalan ini...? Jawapan tu hanya ada pada tuan empunya badan...dan kaki dan biji kelapa montel yang berdekatan.


Korang pernah tak lepak dengan siapa-siapa, kawan ke awek ke balak ke...yang tak henti-henti nak bercakap pasal diri diaorang, ...seolah-olah macam koya beh...hero? Orang lain bercakap dia asyik potong... Aku biasa jugak jumpa orang-orang macam ni. Aku teringat satu 'quote' dalam cerita ni bila tiba-tiba aku dikelilingi oleh manusia-manusia yang sebegini...
When people think you're dying, they really really listen to you instead of waiting for their turn to speak.
Betul ke? Entah. Jawab dalam hati masing-masing dan renung balik. Mungkin tak semua daripada kita adalah pendengar yang baik. Kita lebih selesa untuk TIDAK mendengar.

Last but not least, aku akhiri 'post' aku kali ini dengan satu lagi 'quote' kegemaran aku dari cerita ni...

It's only after we've lost everything, that we're free to do anything...


Jumpa lagi di lain waktu. Chow...
-CE-