17 December 2010

Kelajuan dikejarkan, divider memerhati

Jam menunjukkan hampir pukul 11.30 pm dan aku baru on the way balik dari Damansara menuju ke Dato' Keramat sambil mendengar lagu 3 doors down. Gadget-gadget electronik kereta ku menyala dgn pelbagai warna, ungu, biru, kuning, hijau semuanya ada. Membuatkan mata ku semakin stim dan kuyu sambil drive dalam suasana yang sejuk dengan hujan yang turun mengilai seperti seorang wanita datang menggodaku. Dengan memasang sound sistem beserta subwoofer yg dikuasakan dengan amplifier Monoblock, aku tidak mendengar sedetik bunyi pun dari angin-angin di luar keretaku. Hanya lirik dan lagu sahaja yang menangkap susuk gegendang telingaku. Aku teruskan jua drive aku, menuju ke destinasi. Lapar, letih, stim semuanya ada. Memang dlm kepala otak ku nak makan dan nak terus tidur tanpa sebarang gangguan kentut yang melanda.

Sambil drive, aku mengimbas kembali apa yang telah berlaku hari ini. Sungguh mencabar hariku ketika itu. Sambil tengah melayan blues sambil membawa kereta dalam kelajuan 50 km/j, sebuah kereta kelisa memotong dari arah kananku. Dalam keadaan angan-anganku membuai, aku tidak ambil peduli pun kereta kelisa itu. Aku melihat sahaja kereta tersebut memotong keretaku. Tapi ianya berubah sekelip mata. Dengan tiada satu bunyi pun geseran tayar, hanya sound system yang kedengaran, aku dapati kereta itu terbabas betul-betul depan ku. Keretanya berpusing pada selekoh yang agak tajam di mana pada ketika itu, aku juga sedang mengambil selekoh tersebut. Keretanya berpusing lebih daripada 360 darjah. Disebabkan kebabasan, kereta itu tidak bergerak ke mana, hanya berpusing je dalam kawasan tersebut. Disebabkan stim yg melanda, aku terlupa nak tekan brek membuatkan kereta ku semakin hampir dengan kereta yg berpusing itu tadi dimana ianya masih berpusing ketika aku hampir tiba. Aku tiba-tiba jadi kelam kabut. Dengan gaya yang rilex, aku mengelak kereta yang berpusing itu tadi, dengan harapan ianya tidak melanggar kereta ku. Sangkaan ku meleset. Kereta itu berpusing dan menghampiri kereta ku. Dalam fikiran aku, aku kena membuat langkah yang pantas untuk mengelak kereta tersebut. Aku terus drop gear membuatkan RPM keretaku mula melonjak dan engine kereta ku mengaum, aku dapat rasakan piston kereta ku mula bergerak dgn lebih pantas dan pressure air intake ke dalam injap yang dikuasakan dengan 4 throttle lebih meninggi dari sebelumnya. Aku terus membalas stereng dan membuat drift ke arah bertentangan dengan kereta kelisa itu tadi. Fuhh, akhirnya aku berjaya mengelak kereta tersebut daripada melanggar kereta ku. lalu aku dgn pantas memecut pergi dan menunjukkan fu*t kat pemandu kereta kelisa itu. huhu...

Cerita tadi hanya ditokok tambah je...

Sebenarnya, kereta itu terbabas dengan sendirinya dan melanggar divider dengan sendirinya. Tiada siapa yang salah pun, hanya pemandu tuh je yang salah. Aku berlalu betul-betul depannya dan aku lihat pemandunya seorang chinese yang masih remaja. Terkebil-kebil matanya sambil melihat ku berlalu di depannya. Dan hati ku berkata, bagus la dia eksiden malam ini sebab kalau dia tak eksiden, kemungkinan dia akan membawa laju lagi pada masa akan datang dalam keadaan jalan yang basah. Aku berlalu pergi sambil menyambung mendengar lagu 3 doors down semula. Pesanan dari pokok kelapa, jangan bawak kereta laju-laju dalam keadaan jalan yang basah melainkan kalau anda mengendalikan kereta control. Jikalau sudah berlaku, ianya tidak dapat ditarik kembali.

Cuba bayangkan, 2 minit sebelum kejadian, kita tidak perlu bersusah payah untuk claim insuran atau cari duit untuk membaiki kereta tersebut, selepas 2 dan 1 saat berlalu, kejadian menimpa dan hakikatnya, kita perlu menerima segala kejadian tersebut dengan penuh syukur kerana aku percaya, setiap kejadian ada hikmahnya. Yang penting, berpada-pada dan beringat la sebelum kejadian buruk berlaku...


~Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Buat sesuatu fikirlah dahulu, sudah berlaku, ambillah iktibar~

1 co-comments:

SaiLorJuPiTeR said...

nice story..erkkk..xde button "like" ke pokok kelapa?hehe

Post a Comment